Latar Belakang Ran Mouri

Ran merupakan hasil daripada hubungan cinta antara Kogoro Mouri dengan Eri Kisaki. Ibu bapanya bukanlah calang-calang orangnya kerana masing-masing mempunyai kerjaya yang kukuh dan hebat. Ayahnya, Kogoro merupakan penyiasat persendirian dan jikalau melihat dari sudut sejarahnya, Kogoro adalah bekas anggota polis yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menembak. Dia digelar sebagai penembak tepat. Eri pula seorang peguam yang handal mengendalikan kes di mahkamah. Rumah mereka berhampiran dengan rumah Shinichi, dan oleh sebab itu, ibu Ran, Eri amat rapat dengan ibu Shinichi iaitu Yukiko Kudo. Hubungan Eri dan Mouri tidak bertahan lama. Mereka berpisah apabila umur Ran mencecah 7 tahun. Mereka hanyalah berpisah rumah, bukan bercerai. Ran mempunyai sahabat karib iaitu Sonoko yang merupakan Cik Muda bagi keluarga Suzuki yang hartawan. Sonoko selalu mengusik Ran dengan mengaitkan dirinya dengan Shinichi.

Setahun sebelum permulaan siri anime ini, Ran dan Shinichi telah pergi ke Amerika Syarikat untuk melawat ibu bapa Shinichi di bandar New York. Mereka bertemu dengan ibunya, Yukiko dan juga sahabat Yukiko iaitu Vineyard Sharon. Sharon ialah pelakon pementasan opera. Namun begitu Sharon mempunyai sisi kehidupan yang lain yang mana dia juga merupakan ahli Organisasi Hitam yang dikenali sebagai Vermouth. Kemudian pada petang itu, Vermouth menyamar sebagai pembunuh bersiri untuk melakukan kerja-kerjanya yang berkaitan dengan Organisasi Hitam. Tiba-tiba Vermouth tergelincir dan sempat diselamatkan oleh Ran dan Shinichi. Oleh sebab itu, Ran digelar sebagai "Bidadari", dan Shinichi pula "Cool Guy".

Selepas Shinichi kembali ke bentuk kecil iaitu Conan, Ran bertemu dengan Profesor Agasa. Agasa pula mengatakan dirinya ialah saudara jauh Shinichi. Agasa meminta pertolongan Ran, supaya Conan dibenarkan tinggal bersama sama dengan Ran. Ran akhirnya membenarkan Conan tinggal bersamanya dan menganggap Conan sebagai adiknya tanpa mengetahui Conan sebenarnya ialah Shinichi.

Berkaitan